Jangan Ingkar Patuhi SOP Ketat atau Bersedia Kompaun Lebih Tinggi

Pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi adalah bukan berkaitan dengan bantuan tunai tambahan atau moratorium automatik yang diharapkan rakyat tetapi tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk mengetatkan SOP dan kompaun lebih tinggi.

Ini adalah susulan daripada meningkatan kes yang mendadak akibat pelbagai kelonggaran yang diberikan sebelum ini tidak menunjukan keberkesanan dalam mengawal dan mencegah pendemik Covid-19 dalam negara.

Sehubungan dengan itu susulan mengumuman sebentar tadi kerajaan akan meminda undang-undang sedia bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi piawai (SOP) pencegahan Covid-19.

Tindakan itu termasuk:

  • Penutupan serta merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan SOP.
  • Tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan.
  • Tindakan perundangan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan.
  • Kompaun lebih tinggi kepada pesalah berulang atau pesalah yang telah diberi amaran.
  • Tindakan penjara ke atas pesalah yang melanggar peraturan dan SOP.
  • Tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang tidak mematuhi peraturan dan SOP, termasuk ketua jabatan berkaitan pelaksanaan dasar dekerja dari rumah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker