Kerugian RM2.5 juta, hampir 500 kes menyamar rakan di aplikasi sosial

KUALA LUMPUR: Sebanyak 494 kes penipuan penyamaran sebagai rakan atau kenalan membabitkan kerugian RM2.5 juta dikesan polis sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.

Beliau berkata, meminjam wang adalah satu daripada modus operandi digunakan penjenayah dalam melakukan penipuan.



“Berdasarkan siasatan, sindiket ini didapati melakukan penggodaman terhadap akaun Telegram/ WhatsApp milik mangsa dan menghubungi senarai rakan mangsa yang diperoleh daripada Telegram/ WhatsApp untuk meminjam wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemilik sebenar akaun hanya menyedari perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses atau menerima panggilan daripada kenalan berkaitan kesahihan pinjaman wang ingin dibuat.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihat tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang diterima daripada kenalan terutama apabila akaun bank digunakan adalah milik individu lain.

“Apapun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan itu bagi tujuan pengesahan,” katanya.



Beliau berkata, orang ramai juga boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111222. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker