Covid-19: ICU Kuala Lumpur, Selangor meningkat lebih 50 peratus

SHAH ALAM – Penggunaan katil bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di hospital Kuala Lumpur dan Selangor sudah melebihi 50 peratus dilaporkan pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kuala Lumpur mencatatkan peratusan tertinggi dengan 63 peratus diikuti Selangor iaitu 52 peratus.

Menurutnya, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga meningkat kepada 187 pesakit atau 21 peratus.



“Bagi katil bukan ICU, Putrajaya merekodkan sebanyak 87 peratus diikuti Selangor sebanyak 73 peratus. Kuala Lumpur pula mencatatkan 56 peratus manakala Terengganu serta Melaka masing-masing 53 dan 51 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau turut menjelaskan sebanyak 16,863 kes baharu dilaporkan pada Ahad dengan 51.31 peratus atau 8,652 kes merupakan kategori satu.

Tambah beliau, bagi kes dalam kategori dua pula ialah 8,111 kes atau 48.10 peratus, kategori tiga (48 kes atau 0.28 peratus), kategori empat (29 kes atau 0.17 peratus) dan kategori lima (23 kes atau 0.14 peratus).

“Daripada 100 kes Covid-19 kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan pada Ahad, sebanyak 30 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 44 kes menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.



“Sebanyak 26 kes pula menerima dos penggalak, 69 kes berumur 60 tahun dan ke atas dan 63 kes mempunyai komorbid,” katanya.

 

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker