YB dilarang khianati pengundi

RANG Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan dalam mesyuarat pertama Dewan Rakyat kali ini akhirnya tidak menjadi kenyataan.

Kabinet dilaporkan memutuskan bahawa RUU ini masih memerlukan penelitian lanjut melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain khususnya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang tertangguh disebabkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan kerajaan akan membentangkan bacaan kali pertama RUU ini melalui sidang khas pada 11 April depan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, tarikh tersebut ditetapkan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketika mengulas isu ini, Sin Chew Daily melalui Ruangan Waktu Pengarang melahirkan kebimbangan sekiranya Akta Anti Lompat Parti ini gagal diluluskan di Dewan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum akan datang, situasi politik di negara kita akan terus berada dalam kedudukan tidak stabil.

“Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan turut memperjelaskan bahawa RUU Anti Lompat Parti mesti dibentang dan diluluskan pada mesyuarat pertama Parlimen tahun ini. Namun, ia gagal dilakukan seperti yang dipersetujui.

“Hasrat untuk melihat RUU Anti Lompat Parti dibentang dan dibahaskan bukan sahaja disokong oleh pihak pembangkang, tetapi juga UMNO dan MCA sendiri.

“Misalnya, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah menyokong kelewatan yang berlaku terhadap pembentangan RUU Anti Lompat Parti pada persidangan Parlimen kali ini malah kepimpinan tertinggi UMNO turut menunjukkan pendirian yang konsisten termasuk ketika Persidangan UMNO 2021 yang berlangsung baru-baru ini.

“Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon pula berharap RUU ini wajar dibentangkan demi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap sistem demokrasi negara dan kerajaan harus menunjukkan iltizam politik untuk menyelesaikan isu teknikal yang berkaitan,” ulas akhbar Cina itu.

RAKYAT MUAK

Menurut akhbar itu, Langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan PH kerana berpunca daripada segelintir wakil rakyat mengambil tindakan untuk menyertai parti lain sehingga menyebabkan situasi politik di negara kita berada dalam keadaan tidak menentu sejak dua tahun lalu.

“Rakyat jelata sudah makin muak dan hilang yakin terhadap wakil-wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab ini. Mereka didakwa membelakangi kehendak pengundi, hanya mementingkan kuasa dan tidak mempunyai prinsip.

“Oleh itu adalah penting untuk meluluskan Akta Anti Lompat Parti ini agar dapat menghalang ‘katak-katak politik’ ini terus melakukan tindakan sewenang-wenangnya. Ini penting juga bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara kita,” tulis Sin Chew Daily.

Selagi RUU itu tidak diluluskan, tambah akhbar tersebut, selagi itulah ia akan terus menjadi mimpi ngeri kepada rakyat dan menjejaskan urusan kerajaan, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

“Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara kita tidak boleh dipermain-mainkan oleh segelintir ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Ia sememangnya satu hal yang menyedihkan ketika kita ingin menyuburkan suara demokrasi,” jelasnya.

Adalah menjadi harapan seluruh rakyat jelata agar Akta Anti Lompat Parti ini boleh segera diluluskan.

Demi memastikan politik negara terus tenteram, kini sudah tiba masanya untuk kita semua bergerak ke hadapan. Rakyat jelata sesungguhnya tidak mahu terus ditipu dan dikhianati!

* Ong Boon Teck ialah Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker