Sempadan Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam dibuka mulai 1 April – Ismail

Sempadan Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam dibuka mulai 1 April – Ismail

Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan daratnya dengan Malaysia iaitu di Wang Kelian, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah mulai 1 April ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu merupakan berita gembira khususnya bagi penduduk di kedua-dua negeri berkenaan.



Beliau berkata, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga telah diminta untuk berbincang dengan Kerajaan Thailand supaya membenarkan pembukaan segera pintu sempadan di Padang Besar, Perlis dan kawasan lain di utara tanah air.

Semalam, Ismail mengumumkan pembukaan sepenuhnya pintu sempadan darat Malaysia-Singapura yang digunakan oleh para pekerja yang berulang alik secara harian, bermula 1 April ini.

“Pembukaan sempadan ini akan mempermudahkan mereka untuk bekerja dan SOP (prosedur operasi standard) yang kita kenakan juga adalah longgar iaitu tiada lagi kuarantin dan tidak perlu menjalani ujian PCR atau RTK pada waktu prapelepasan dan ketibaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis 2022, di sini, hari ini.



Perdana Menteri berkata, langkah itu akan menyumbang kepada pemulihan negara yang memberi impak positif ke atas kelestarian ekonomi dan kesejahteraan kehidupan Keluarga Malaysia.

Beliau berharap, SOP dilaksanakan di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura di Johor itu dapat juga dilaksanakan di pintu-pintu masuk di sempadan Malaysia-Thailand, di utara tanah air.

Sementara itu, sejajar dengan fasa peralihan ke endemik mulai 1 April, Ismail berkata, kerajaan melancarkan program Duta Komuniti Keluarga Malaysia yang berkonsepkan kesukarelawanan dengan matlamat untuk membudayakan kawalan kendiri dalam kalangan komuniti sepanjang fasa peralihan itu.

Beliau berkata, walaupun tiada lagi penjarakan fizikal dalam fasa itu, namun Keluarga Malaysia masih terikat dengan pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka di samping penjagaan kebersihan diri.



“Duta Komuniti ini akan ditempatkan di kawasan berisiko tinggi iaitu sesak dan tertutup. Mereka akan memastikan maklumat yang disampaikan kepada komuniti adalah tepat, terkini dan efektif dengan cara penyampaian yang bernada lembut, berhemah dan bersopan-santun apabila membuat teguran,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk kerajaan Perlis bagi menjalankan kajian kemungkinan pembinaan jeti feri penumpang baharu di Kuala Perlis.

“Insyaallah selepas kajian kemungkinan itu selesai kita bolehlah melihat kepada kemungkinan untuk membina jeti baharu di Kuala Perlis nanti,” katanya. FMT

Sempadan Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam mulai 1 April – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker