Cheese Leleh Viral Sebenarnya Tiruan Dan Bahaya Untuk Kesihatan
Cheese Leleh Viral Sebenarnya Tiruan Dan Bahaya Untuk Kesihatan
Seolah-olah telah menjadi ‘trend’ untuk para peniaga meletakkan keju dan kemudiannya menamakan makanan yang dijual mereka sebagai ‘cheese leleh viral’ yang sememangnya membuatkan orang ramai terliur dan ingin mencubanya!
Kebanyakan makanan yang diletakkan cheese leleh ini adalah seperti burger, keropok lekor dan pelbagai lagi.
Namun, perkongsian Facebook Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini telah membuka mata masyarakat mengenai bahayanya sos keju leleh ini kepada kesihatan manusia.
Maklum PHM, kebanyakan keju leleh yang dijual di pasaran pada ketika ini adalah tinggi kandungan garam dan gula dan mengandungi perisa tiruan serta Maltodextrin berbanding keju asli.
Dalam info tersebut, kandungan Maltodextrin yang berfungsi meningkatkan tekstur serta jangka hayat makanan itu sebenarnya mempunyai kandungan glycemic index (GI) yang cukup tinggi dan membolehkan paras gula dalam darah meningkat dengan mendadak.
Dan sudah tentu, ianya merbahaya buat pesakit kencing manis dan boleh meningkatkan risiko penyakit itu bagi mereka yang masih belum dijangkiti.
Selain itu, sos keju leleh ini juga akan menyebabkan kegemukan serta obesiti yang akan menganggu pembesaran serta tahap kecergasan kanak-kanak yang mengambilnya secara kerap dan berlebihan. Bn
Cheese Leleh Viral Sebenarnya Tiruan Dan Bahaya Untuk Kesihatan
Baca Artikel Menarik:
- Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
- Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Rider Foodpanda digantung kerja
- Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
- Malaysia Airlines tawar diskaun
- Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
- 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
- Cuba kebas RM123 juta
- Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
- Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.