Belum ada pengisytiharan pembubaran MN – Tuan Ibrahim

Belum ada pengisytiharan pembubaran MN – Tuan Ibrahim

Belum ada mana-mana pihak sama ada UMNO mahupun Pas yang mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional (MN), atau keluar daripada muafakat itu, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN, juga masih belum diadakan setakat ini.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam di sini, pada Isnin.

Mengulas mengenai kenyataan seorang perwakilan UMNO Kelantan, dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang menganggap UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Pas selagi tiga pemimpin Pas masih memimpin parti itu, Tuan Ibrahim berkata, ia hak Pas untuk mengekal atau menyingkirkan mana-mana pemimpinnya.

Katanya, parti lain tidak perlu campur tangan dalam pentadbiran Pas.

Perwakilan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman dalam PAU sebelum ini menyatakan, UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Pas selagi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, masih memimpin parti itu. Sinar



Belum ada pengisytiharan pembubaran MN – Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR



Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker