Zul Ariffin & Produksi Drama ‘Perempuan Itu’ Bakal Dipanggil JAKIM



Zul Ariffin & Produksi Drama ‘Perempuan Itu’ Bakal Dipanggil JAKIM

Umum mengetahui isu babak ‘panas’ yang dilakonkan oleh pelakon kacak Zul Ariffin dan Siti Hariesa telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bakal memanggil produksi dan pelakon terlibat.

Ia susulan babak tersebut dikatakan bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

“Budaya Itu Tidak Sepatutnya Dibawa Masuk Ke Negara Ini”
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menyatakan bahawa pihaknya akan turut mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut.

“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya Timur”- katanya




Terdahulu, nama Zul menjadi tumpuan selepas berkongsi sebuah trailer drama berjudul Perempuan Itu. Dalam video tersebut, kelihatan Zul sedang mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka juga dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk ditayangkan apatah lagi di dalam bulan Ramadhan kelak. Mr

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Zul Ariffin & Produksi Drama ‘Perempuan Itu’ Bakal Dipanggil JAKIM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Leave a Reply

Your email address will not be published.