Najib beri penjelasan kenyataan hutang 1MDB – Azhar
Najib beri penjelasan kenyataan hutang 1MDB – Azhar
Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak telah memberi penjelasan mengenai kenyataan kontroversinya mengenai hutang 1MDB yang dibuat dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, kata Speaker Azhar Azizan Harun.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan sama ada Najib sudah memberi penjelasan atau tidak berhubung kenyataannya yang bercanggah di Dewan Rakyat.
Azhar berkata Najib memberikan penjelasan Selasa lalu, pada jam 10 pagi dan beliau telah menyerahkan salinan penjelasannya kepada Tony Pua (PH-Damansara).
“Saya sebenarnya dapat penjelasan tersebut pada hari dan tarikh ditetapkan, iaitu 10 pagi Selasa dan telah teliti penjelasan tersebut. Ianya tebal.
“Saya telah duduk dengan Damansara (Tony) mengenai penjelasan diberikan itu. Saya telah beri masa sedikit pada Damansara untuk jawab penjelasan-penjelasan tersebut.
“Semua ini saya akan beri salinan kepada Pekan dan Damansara supaya mereka tahu apa dikatakan, dan setelah dapat jawapan daripada Damansara itu saya akan buat keputusan,” katanya di Dewan Rakyat
2 Mac lalu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendakwa Najib mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu hutang 1MDB, menyebabkan Azhar meminta bekas Perdana Menteri itu menjelaskannya kepada dewan pada 9 Mac.
Najib kemudian diberi tempoh lanjutan sehingga 15 Mac kerana berada di Johor untuk berkempen bagi Barisan Nasional pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azhar berkata kenyataan Najib berkaitan hutang 1MDB itu adalah menggunakan perkara-perkara tertentu dan spesifik.
“Beliau (Najib) tidak kata hutang 1MDB tak dibayar. Dia kata hutang prinsipal 1MDB tak dibayar.
“Jadi jawapan ini saya tak mahu buat keputusan melulu tetapi jawapan diberikan oleh Menteri Kewangan esok harinya atas pertanyaan Bagan (Lim Guan Eng) bahawa negara kita telah membayar faedah dan prinsipal tetapi terbayar Mei nanti. Jadi ada percanggahan,” katanya.
Azhar berkata sebab itu beliau perlu ‘duduk’ dengan Tony untuk beritahu beliau apa diperkatakan Najib.
“Saya perlu jawapan sebelum saya membuat keputusan,” katanya. FMT
Najib beri penjelasan kenyataan hutang 1MDB – Azhar
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri