K-KOMM gesa penggunaan mata wang kripto dibenarkan
K-KOMM gesa penggunaan mata wang kripto dibenarkan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar mata wang digital seperti kripto dibenarkan digunakan di negara ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, cadangan tersebut membolehkan wang digital itu digunakan untuk membantu golongan muda yang aktif dalam aktiviti perdagangan token ‘non-fungible (NFT).
“Semua ini adalah di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Bagaimanapun kita di pihak Kementerian Komunikasi ingin daftarkan sebab ini adalah perniagaan dan program kewangan masa depan, terutamanya buat anak muda sekarang.
“Kita berharap kerajaan dapat dan cuba ‘legalise’ (benarkan di sisi undang-undang) perkara ini supaya penyertaaan golongan anak muda dalam mata wang kripto dapat kita kembangkan dan bantu mereka dari segi penggunaan tenaga dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar itu berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu mengenai pendirian kerajaan dan kementerian berkaitan perdagangan dalam platform (NFT).
Putrajaya pada Disember tahun lalu berkata, kerajaan tidak mengiktiraf penggunaan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum sebagai mata wang yang sah diperlakukan untuk digunakan dalam urus niaga harian.
Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, berkata mata wang kripto juga bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) buat masa ini. MG
K-KOMM gesa penggunaan mata wang kripto dibenarkan
Baca Artikel Menarik:
- Ketika PKR dikhianati, ada pemimpin pilih bercuti – Saifuddin
- Fizz Fairuz sedih dengan industri hiburan Malaysia
- Hutang kerajaan catat RM979.8 bilion, masih bawah had KDNK
- Tular lelaki bergaduh, saling menetak
- Mariupol dihujani bom, mayat bergelimpangan
- Pembuli jalan raya ditahan polis
- Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
- Guan Eng menangis, Anthony Loke diumum Setiausaha Agung DAP yang baharu
- Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
- Vida, peliknya semakin menjadi-jadi
- Siapa yang curi van jenazah?
- Aksi panas, macam dah tak ada otak – Zul Yahya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri