UMNO tetap mahu PRU-15 segera

KUALA LUMPUR: UMNO tetap bertegas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera tanpa berdolak-dalih dan berkias-kias.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PerhimpunanvAgung UMNO 2021 yang berakhir semalam adalah kali terakhir sebelum semboyan pilihan
raya digerakkan.

Tegasnya, tarikh pilihan raya akan dibincangkan di peringkat lima pemimpin utama UMNO
sebelum dibawa kepada Yang diPertuan Agong untuk mendapat perkenan Seri Paduka.

“Kestabilan adalah asas kepada segala-galanya. Tanpa kestabilan atau rapuh, apa yang terancang akan ke longkang, segala diatur akan tersungkur, segala yang disyor akan berkubur.

“Tanpa kestabilan, PM yang terbaikpun akan menghadapi kecelaruan,” katanya dalam ucapan penggulungan Pre­siden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menolak dakwaan berlaku perpecahan antara top 5 kepimpinan UMNO, sambil mengesahkan terdapat pertemuan di antara mereka sebulan sekali bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa top 5 sering bertemu sekurang-kurangnya sebulan sekali, presiden timbalan pre­siden dan tiga naib presiden bertemu. Rakan-rakan ramai yang tahu tapi kadang-kadang tak perlu diketahui sebab banyak perkara-perkara yang kita buat keputusan kerana setelah selidiki.

“Saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dalam politik ataupun jawatankuasa. Dan kita juga ada pasukan task force, yang memikirkan isu-isu yang dibangkit. Yakinlah.

Selagi top 5 bersatu hati sentiasa mengadakan perbincangan insya-Allah. Kelima-lima kami akan menjaga parti dan memberikan keutamaan pada akar umbi,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan sebanyak 70 peratus muka baharu yang akan dicalonkan dalam PRU15 nanti.

“Sebanyak 70 peratus akan menjadi calon nanti. Jangan risau pemuda, jangan risau puteri. Yang 50 tahun ke atas, calon yang boleh menang, pun kita pertimbangkan,” ujarnya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan UMNO akan menjayakan Projek 1,2,3 iaitu kembali menjadi kerajaan dan mahu menjadi kerajaan di dua peringkat, iaitu negeri dan persekutuan dan memper­kenalkan sekolah politik.

“Sekolah politik ini mesti menjadi tarikan baharu yang berupaya menangkap imaginasi dan kreativiti generasi zaman sekarang. Ia harus menjadi platform yang terbuka untuk membincangkan aspirasi kepada tanah air. Ia mesti dipacu oleh teknologi,” jelas beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker