Lee Zii Jia akui persembahan Lakshya Sen luar biasa
Lee Zii Jia mengakui kekalahannya kepada pemain India, Lakshya Sen di peringkat separuh akhir Seluruh England pada Sabtu bukanlah berpunca dia beraksi di bawah tekanan.
Sebaliknya, pemain yang menghuni ranking ketujuh dunia itu berkata, kekalahannya kepada Lakshya disebabkan pemain berusia 20 tahun itu beraksi pada tahap luar biasa terutamanya pada set penentuan.
“Pada perlawanan terbabit saya cuba fokus untuk mengutip setiap mata bagi memastikan sentiasa mendahului lawan dan berjaya mengekalkan momentum kemenangan.
“Namun, saya lihat dia (Lakshya) beraksi luar biasa dan cukup bertenaga walaupun pada set penentuan sekali gus layak memenangi perlawanan,” katanya.
Terdahulu, hasrat Zii Jia untuk mara ke pentas final Seluruh England sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu tidak kesampaian.
Pada aksi separuh akhir, jaguh perseorangan profesional negara itu terpaksa akur tewas 13-21, 21-12, 19-21 kepada Lakshya.
Mengulas lanjut mengenai prestasinya sepanjang kejohanan tersebut, pemain kelahiran Kedah itu nyata berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan.
Jelasnya, kini tumpuannya akan terarah pada kejohanan Terbuka Korea dari 5 hingga 10 April di Suncheon dan Piala Thomas sekiranya dipilih untuk menyertai kejohanan berpasukan itu.
“Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi saya. Walaupun kalah di peringkat separuh akhir tapi saya puas pada kejohanan kali ini.
“Selepas ini saya akan fokus untuk Terbuka Korea. Selepas Terbuka Korea saya akan fokus pula untuk Piala Thomas sekiranya dipilih untuk mewakili Malaysia,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
You must be logged in to post a comment.