Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa 1 dikreditkan mulai 28 Mac, melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima, merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
“Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang, tarikh pembayaran akan bermula 28 Mac sehingga 8 April dan akan terus dikreditkan ke akaun bank.
“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), pembayaran akan dibuat bermula 30 Mac melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP (prosedur operasi standard) dari semasa ke semasa,” katanya.
BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
Ismail berkata, pembayaran itu juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut Ramadan.
“Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” katanya.
Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang layak, Perdana Menteri berkata tempoh permohonan rayuan akan dibuka selama sebulan mulai 2 Mei ini.
Beliau berkata, proses itu adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mereka mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya. FMT
Bayaran BKM Fasa 1 pada 28 Mac
Baca Artikel Menarik:
- Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
- Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
- Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
- PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
- PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
- Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
- Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
- AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
- Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
- Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
- Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
- Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
You must be logged in to post a comment.