Pendengaran PM, kerajaan batal saman Batu Puteh pada 21 Jun
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 21 Jun depan bagi mendengar permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman difailkan seorang individu berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh.
Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia selaku defendan ketika dihubungi pemberita.
“Pada pengurusan kes hari ini secara dalam talian di hadapan Penolong Pendaftar Haslinda A Raof, mahkamah juga mengarahkan plaintif (Mohd Hatta Sanuri) dan defendan memfailkan hujahan pada 25 April dan hujahan balasan jika ada pada 9 Mei,” katanya.
Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi pada 28 Feb lepas untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh.
Pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018.
Pada 28 Mei tahun lepas, Mohd Hatta, 46, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan penarikan balik semakan semula keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan tanpa membincangkan dan membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen.
Pernyataan tuntutan Mohd Hatta memohon perintah supaya kedua-dua defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik diri daripada semakan semula keputusan ICJ dengan tuntutan Pulau Batu Puteh terhadap Singapura pada 1 Jun 2018 sedangkan ia telah dimulakan dan difailkan sejak 3 Feb 2017.
Beliau turut memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Pulau Batu Puteh dan berdasarkan kerugian ekonomi yang dialami seluruh rakyat Malaysia termasuk plaintif secara sama rata berjumlah paling kurang RM10 juta.
Turut dimohon perintah supaya kedua-dua defendan mendedahkan secara terperinci jumlah semua kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk persediaan permohonan semakan semula keputusan ICJ pada 3 Feb 2017 sehingga tarikh mereka menarik diri secara tiba-tiba pada 1 Jun 2018.
– Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hasni Tidak Jadi MB, Shahrir Samad Malu Hadir Perhimpunan Agung UMNO
- Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
- ‘Pas Tidak Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO? Ada Soalan Lain?’ – Ahmad Maslan
- Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.