Pemilihan Onn Hafiz selaras undang-undang tubuh Johor
Pemilihan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar Johor adalah selaras dengan undang-undang tubuh negeri yang mana ia di bawah peranan sultan di sebuah negeri, kata pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Bagaimanapun, peguam itu berpendapat kedudukan Onn Hafiz masih boleh dicabar melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini, katanya jika benar pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap itu tidak mendapat sokongan majoriti Adun BN.
“Apa yang berlaku di Johor hari ini adalah betul dari segi undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor.
“Pengundi hanya memilih parti mana yang akan membentuk kerajaan negeri. Setakat itu sahaja.
“Apabila kerajaan negeri telah terbentuk ( melalui perkiraan parti mana yang memperolehi majoriti dalam DUN) maka selanjutnya peranan sultan negeri berkenaan pula untuk melantik menteri besar,” katanya pada satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurut Azam (gambar, bawah) “hanya ada satu syarat” sahaja yang perlu diteliti Sultan Johor dalam memilih menteri besarnya.
“Orang yang baginda nak lantik sebagai menteri besar itu mestilah seorang Adun yang pada pendapat baginda, si polan berkenaan akan memperolehi sokongan majoriti Adun lain sebagai menteri besar.
“Maka buat masa ini, baginda berpendapat, si Onn yang boleh mendapat sokongan majoriti Adun Johor,” jelasnya.
Terdahulu, Onn Hafiz yang juga anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru petang tadi.
Adun Johor berani atau tidak?
Majlis angkat sumpah menteri besar Johor ke-19 itu diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Onn Hafiz, 44, ialah piut kepada menteri besar Johor pertama Jaafar Muhamad.
Moyangnya pula pengasas Umno, Onn Jaafar yang juga bekas menteri besar ketujuh manakala datuknya perdana menteri ketiga Hussein Onn.
Sebelum itu, sebuah portal berita melaporkan pemimpin Umno mengemukakan 38 akaun bersumpah (SD) sokongan kepada Hasni Mohammad yang juga pengerusi Umno Johor sebagai menteri besar.
“Adun-Adun Johor boleh je mengundi tak percaya kepada Onn ni selepas ini.
“Jika itu berlaku, maka Onn akan kehilangan jawatan menteri besar beliau dan baginda perlu membuat lantikan menteri besar baru dengan syarat.
“Cuma berani atau tak Adun Johor mengundi tak percaya terhadap Onn? Itu isu lain.
“Kerana undi tak percaya terhadap Onn boleh dianggap tak suka kepada pilihan sultan,” kata Azam lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hasni Tidak Jadi MB, Shahrir Samad Malu Hadir Perhimpunan Agung UMNO
- Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
- ‘Pas Tidak Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO? Ada Soalan Lain?’ – Ahmad Maslan
- Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET