Mahkamah arah kerajaan laksana pindaan Undi18 tahun ini

Mahkamah arah kerajaan laksana pindaan Undi18 tahun ini

Mahkamah Tinggi Kuching hari ini mengarahkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob melaksanakan pindaan Undi18 sebelum 31 Dis ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew membenarkan permohonan yang difailkan lima belia Sarawak untuk mencabar keputusan kerajaan terdahulu tidak melaksanakan pindaan Undi18 pada Julai.

“Mahkamah turut mengeluarkan perintah untuk membatalkan keputusan kerajaan persekutuan yang pindaan Undi18 hanya boleh dilaksanakan menjelang September 2022,” katanya semasa prosiding dalam talian hari ini.

Lima belia Sarawak, berusia 19 hingga 20 tahun, memfailkan permohonan Mei lalu untuk membatalkan keputusan kerajaan ketika itu tidak melaksanakan pindaan Undi18 Julai lalu.

Mereka mendakwa keputusan menangguhkan pelaksanaan itu tidak munasabah kerana menafikan hak mereka menjadi pengundi. Buat masa ini, hanya rakyat berumur 21 tahun ke atas boleh mendaftar sebagai pemilih.

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dinamakan sebagai responden dalam semakan kehakiman itu. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Mahkamah arah kerajaan laksana pindaan Undi18 tahun ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker