Rider GrabFood terperosok bawah trak ATM

MOTOSIKAL Muhammad Faiszudin Rasip terperosok di bawah trak ATM dalam kejadian di Lebuh SPA, Melaka.

MELAKA: Seorang penghantar makanan GrabFood parah selepas motosikal ditunggang terperosok di bawah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang rosak di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Faiszudin Rasip, 24, mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian terdapat trak ATM diparkir di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

Katanya, trak tersebut dikatakan telah dipasang dengan lampu isyarat kecemasan dan dikawal olATMeh dua anggota tentera.



“Tiba-tiba mangsa dari arah Cheng menghala ke susur keluar jalan Lebuh SPA telah melanggar trak tersebut dari arah belakang. Akibat rempuhan itu, mangsa terperosok di bawah trak dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, dua anggota tentera terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Beliau memberitahu, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]



PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]



 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker