PRN Johor: Wanita positif Covid-19 dikompaun RM1,000 keluar mengundi

Seorang pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi di Dewan Kampung Melayu, di sini hari ini.

Tindakan itu diambil oleh Inspektor Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru setelah membuat pemeriksaan terhadap aplikasi MySejahtera milik wanita berusia 30an itu yang menunjukkan tanda merah.

Menurut wanita tersebut, beliau tidak mengetahui tidak boleh datang untuk membuang undi ketika masih menjalani kuarantin setelah didapati positif Covid-19.



Katanya, berlaku salah faham setelah orang terdekatnya memberitahu dia masih boleh mengundi walaupun masih dalam tempoh kuarantin.

Dalam pada itu, Inspektor Kesihatan, Mohd. Azrul menjelaskan kepada wanita itu bahawa semua individu yang positif tidak boleh keluar mengundi untuk menunaikan hak demokratik tersebut.

Katanya, mana-mana individu yang positif Covid-19 wajib menjalani kuarantin dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sebagai individu yang didapati positif, awak tidak boleh keluar rumah langsung apatah lagi untuk keluar mengundi di pusat mengundi melainkan rumah di dalam pusat mengundi.



“Kami menawarkan kompaun sejumlah RM1,000 dan awak perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dalam tempoh masa 14 Hari,” katanya ketika menerangkan situasi itu kepada ibu wanita terbabit.

Inspektor Kesihatan itu mengarahkan wanita terbabit segera pulang ke rumah selepas mengeluarkan kompaun tersebut

Wanita berkenaan yang hadir bersama ibunya ke pusat mengundi itu terus pulang ke rumah seorang diri.-KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik



Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker