KKM beri amaran, data menunjukkan pesakit Covid-19 kanak-kanak ke PICU meningkat
Kadar kemasukan kanak-kanak ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat Covid-19 bagi kategori 3 hingga 5 meningkat secara drastik pada Mac, menurut Kementerian Kesihatan.
“Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat Covid-19 meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara untuk kategori 4 sebanyak 200 peratus, diikuti kategori 5 sebanyak 125 peratus,” kata Kementerian Kesihatan melalui satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Hantaran itu turut melampirkan info grafik yang menunjukkan peningkatan kadar kemasukan PICU bagi kategori 2, 3, 4 dan 5 serta peratusan kenaikan antara Jan hingga Feb 2022 dan Jan hingga Mac 2022.
Berdasarkan infografik itu, tiada peningkatan kemasukan PICU bagi pesakit Covid-19 kategori 2, manakala terdapat peningkatan 50 peratus bagi pesakit kategori 3.
Kategori 2 merujuk kepada pesakit yang mengalami gejala ringan tanpa radang paru-paru, manakala kategori 3 adalah pesakit yang mengalami gejala sederhana dan radang paru-paru.
Kategori 4 adalah pesakit yang memerlukan oksigen manakala kategori 5 adalah pesakit kritikal yang memerlukan rawatan intensif.
Kementerian Kesihatan berkata kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah kini berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19 kerana kebanyakan mereka masih belum diberi vaksin sepenuhnya, berbanding kumpulan dewasa.
“Pengambilan vaksin Covid-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’.
“Oleh itu, Kementerian Kesihatan sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak anda bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan Covid-19,” katanya.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) bermula pada 3 Feb 2022.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]
- PKR, PH dan MUDA cuba menjarakkan diri antara satu sama lain
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi
Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]
Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.