PRN Johor Bukan Kerana Tamak Kuasa Tapi Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil

PRN Johor Bukan Kerana Tamak Kuasa Tapi Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini diadakan bukan kerana Barisan Nasional (BN) dikatakan gila kuasa tetapi sebenarnya rakyat negeri Johor amat memerlukan sebuah kerajaan yang mentadbir dengan stabil.

Bekas Ketua Masyarakat Air Masin Kukup, Datuk William Tan berkata jika kerajaan yang memerintah sesebuah negeri tidak stabil banyak masalah akan berlaku melibatkan ekonomi dan pembangunan tidak boleh berjalan.

“Kalau kita ada satu kerajaan yang kukuh dan stabil, ia akan bawa faedah kepada semua penduduk Johor.

“Kita kali ini mahu Barisan Nasional (BN) menang, mesti mahu BN jadi kerajaan kerana pembangkan ibarat rojak kerana campur-campur.

“Kita mahu kerajaan yang paling kuat, paling kukuh untuk bawa kepentingan dan faedah kepada pengundi dan semua penduduk di Johor,” katanya ketika ditemui di Pekan Kukup dalam program walkabout calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Kukup iaitu Datuk Jefridin Atan.

Bukan sahaja beliau diberi sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat Melayu, orang Cina di pekan Kukup juga amat menyenangi kehadiran beliau yang merupakan anak jati Kukup.

Rata-rata penduduk yang ditemui mahu pengundi mengundi BN demi satu kestabilan kerajaan, ekonomi dan pembangunan yang lancar untuk negeri Johor.

Calon BN, Jefridin dalam pertandingan memenangi kerusi DUN Kukup akan berdepan cabaran dari calon Pejuang Zamzam Hashim, calon PKR Mohd Zaiful Bakri dan calon Perikatan Nasional (PN) Mahathir Iskandar Muhammad.

BN merupakan penyandang bagi kerusi DUN ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas- BN Online

PRN Johor Bukan Kerana Tamak Kuasa Tapi Rakyat Perlukan Kerajaan Stabil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker