PRN Johor: Ahli Perniagaan Hias Kereta Sempena PRN Johor
PRN Johor: Ahli Perniagaan Hias Kereta Sempena PRN Johor
Sebagai penghargaan dan kesetiaannya kepada Barisan Nasional (BN), seorang ahli perniagaan sanggup berhabis duit semata-mata menghias keretanya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut M Kandapan, selain kereta jenis Proton X70nya itu dihias tema warna BN iaitu biru, kereta tersebut turut diletakkan empat wajah calon MIC dari BN yang bertanding dalam PRN Johor serta kepimpinan MIC di peringkat pusat.
“Malah saya amat berbangga kereta saya dapat menarik perhatian pengguna jalan raya sekitar bandar raya ini.
“Saya tinggal di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang dan sehingga kini pelbagai pembangunan dilaksanakan di sini hingga ia membantu masyarakat tempatan menaik taraf kehidupan.
“Saya syukur kerana menjadi warganegara Malaysia dan anak Johor, sampai bila-bila saya akan menyokong BN,” katanya.
Kandapan, 62 berkata, kelebihan BN adalah wakil rakyatnya berjiwa rakyat dan tidak pernah mengenal penat bagi menjejaki masyarakat terutama golongan kurang bernasib baik.
“Tiada insan yang mampu melupakan jasa BN yang bermula dengan Bapa Kemerdekaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman kerana menekankan perpaduan rakyat.
“Kalau teliti sejarah terdahulu usaha beliau untuk mendapatkan kemerdekaan negara turut disokong oleh beberapa pemimpin lain seperti mendiang Tun VT Sambanthan dan mendiang Tun Tan Cheng Lock,” katanya.
Beliau berkata, Tunku Abdul Rahman yang ketika itu Presiden UMNO mewujudkan kerjasama dengan MCA dan MIC kerana percaya hanya melalui perpaduan kaum kemerdekaan negara dapat dicapai.
“Gabungan itu kemudiannya menjadi sebuah badan dominan yang memperjuangkan kemerdekaan sehingga negara memperolehi kebebasan mutlak pada 31 Ogos 1957,” katanya.
Justeru beliau sangat yakin mana-mana parti tidak mampu mentadbir negeri atau negara ini setanding BN dan berharap BN Johor akan menang dalam PRN ini.- BN Online
PRN Johor: Ahli Perniagaan Hias Kereta Sempena PRN Johor
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]
- PKR, PH dan MUDA cuba menjarakkan diri antara satu sama lain
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi
Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.