PN Nafi Keluar Surat Sokong Anwar Jadi PM ke-10

PN Nafi Keluar Surat Sokong Anwar Jadi PM ke-10

Perikatan Nasional (PN) menafikan mengeluarkan satu surat kononnya parti itu bersetuju memberikan sokongan penuh atas pencalonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-10 seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat tersebut adalah palsu dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

“Parti PN menafikan kewujudan surat bertarikh 23 Februari 2022 yang menggunakan nama Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepala surat parti sebagaimana yang tersebar semenjak malam semalam.

“Perikatan Nasional percaya bahawa rakyat Johor tidak akan terpedaya dengan amalan kempen kotor sesetengah parti politik yang terdesak dan tidak dapat menerima gelombang sokongan rakyat terhadap calon dan ikrar Perikatan Nasional.

“Seluruh jentera parti diseru untuk kekal fokus mendekati rakyat dan membawa aspirasi serta keprihatinan Perikatan Nasional demi bangsa Johor dalam tempoh-tempoh akhir berkempen PRN Johor 2022,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

“Bagi merealisasikan kerjasama politik ini, PN sanggup memberi kepercayaan dan menyatakan sokongan penuh ke atas pencalonan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-10. Dicadangkan nama baharu kerjasama ini adalah Perikatan Harapan bagi merealisasikan gabungan semua pihak.

“Untuk tambah memperkukuh hubungan politik antara PN dan PKR, satu mesyuarat pembahagian kerusi wajar diadakan secepat mungkin setelah berakhirnya PRN Johor.

“Sekiranya pembahagian kerusi dapat dimuktamadkan lebih awal, maka persediaan ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) akan dapat disusun dengan lebih teratur,” menurut surat itu.-SH

PN Nafi Keluar Surat Sokong Anwar Jadi PM ke-10

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker