Solat sunat Tarawih dibenarkan di Pulau Pinang
Prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat di masjid dan surau di Pulau Pinang ketika ini, akan turut diguna pakai untuk pelaksanaan solat sunat Tarawih pada bulan Ramadan nanti.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pihaknya turut membenarkan pelaksanaan solat sunat Tarawih secara berjemaah dengan bilangan lapan atau 20 rakaat pada Ramadan tahun ini.
“Tak ada SOP khusus, sama sahaja. Sama ada solat sunat Tarawih atau tidak, SOP sama. Namun keputusan untuk melaksanakan lapan atau 20 rakaat solat sunat itu, ia bergantung kepada pihak pengurusan masjid dan kapasiti ruang di masjid atau surau terlibat.
“Kita serahkan kepada pengurusan masjid untuk tentukan, kalau keadaan di masjid atau surau pengurusan dapat mengawal jemaah dan ikut SOP, mereka boleh laksanakan 20 rakaat, tapi jika keadaan masjid sempit atau sukar untuk kawal jemaah yang ramai, pengurusan masjid kena ambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Taman Bandaraya di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Sedunia 2022 peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Chong Eng.
Semalam, media melaporkan umat Islam di negara ini berkemungkinan digalakkan menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah lapan rakaat, berbanding 20 rakaat.
SOP itu dibayangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ekoran kekhuatiran penularan varian Omicron melibatkan jemaah ketika ini.
Bagaimanapun menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, perkara itu masih lagi tertakluk ketetapan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu bagi aktiviti moreh, Ahmad Zakiyudin berkata pengurusan masjid atau surau digalakkan untuk membungkus makanan tersebut, dengan memberikannya kepada jemaah, berbanding mengadakan majlis di kawasan masjid.
Katanya selain itu, majlis berbuka puasa di kawasan masjid atau surau pula sekiranya diadakan, ia perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dari segi jumlah kehadiran jemaah ke majlis tersebut.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penganjuran bazar Ramadan di Pulau Pinang, beliau berkata, ia dibenarkan dengan mengikut SOP sedia ada yang telah ditetapkan untuk para penjaja di negeri Pulau Pinang.
“Bazar Ramadan di negeri ini dibenarkan dengan SOP yang ada sekarang ini melibatkan para penjaja,” katanya. – Bernama
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?
Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot
You must be logged in to post a comment.