PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
PONTIAN: Bekas Perdana Menteri Najib Razak menggesa rakyat Johor tidak terpedaya lagi dengan janji manis pembangkang termasuk tiga surat terbuka Dr Mahathir Mohamad kepada pengundi di negeri itu.
Beliau berkata, sudah terbukti Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri telah gagal memerintah kerajaan ketika bersama dalam Pakatan Harapan (PH).
“Ini atuk satu hal, asyik bagi surat. Sudah tiga keping surat. Ratib Najib…Najib…Najib…
“Tetapi, apa dia buat selama 22 bulan jadi Perdana Menteri. Apa dia buat. Takkanlah nak kena kencing sekali (lagi),” katanya ketika berucap dalam kempennya di Benut hari ini.
Sehingga kini, tiga surat diutuskan Mahathir kepada pengundi Johor.
Dalam surat terbarunya pada 2 Mac lalu, Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang mengingatkan Muhyiddin Yassin bahawa “bekerjasama dengan kleptokrat dan kluster mahkamah Umno seumpama menunggang harimau dan dia akhirnya dibaham”.
Dalam surat itu juga, beliau memberitahu bahawa rakyat Johor sebenarnya telah berjaya menyekat kemaraan Najib.
Tetapi malangnya, Mahathir mendakwa, perbuatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin yang ingin menjadi Perdana Menteri menyebabkan kerajaan PH tumbang.
Bijak memilih
Dalam pada itu, Najib berkata pengundi Johor harus bijak memilih walaupun berpuluh surat akan dihantar Mahathir kepada mereka.
Katanya, rakyat tidak akan lupa pembohongan dan “mungkir janji” Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri kali ke-2.
“Kamu (Mahathir) sudah gagal sebagai kerajaan. Cuma kita tahu yang boleh betulkan, letakkan Johor ini di atas landasan kemajuan ialah BN.
“Orang itu adalah Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad calon kita,” katanya.
Sementara itu, Najib berkata hanya BN gabungan parti yang boleh diharapkan oleh pengundi di Johor berbanding parti pembangkang lain.
Beliau berkata, pengundi Johor tidak perlu membazir masa dan undi untuk menyokong parti pembangkang.
“Calon PH tak boleh pakai. PAS pun tak boleh pakai. Amanah pun tak boleh. Tinggal Pejuang lagi tak boleh. Itu tak relevan lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib membidas Muhyiddin yang ingin meneruskan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
“Yang batalnya hari ini pula tersipu-sipu nak jalan balik projek itu. Eh dah bayar (pampasan) RM320 juta duit rakyat ke Singapura.
“Alih-alih nakkan balik projek ini. Kepala macam mana ini. Kepala satu, hati tak betul. Semua BN buat tak betul dan batalkan,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot
You must be logged in to post a comment.