Pertikai pengislaman anak secara unilateral, masa bila Nazri bangga dengan Islam?

Tindakan pemimpin politik Melayu yang mempertikaikan keislaman tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong secara sepihak menunjukkan mereka sangat lemah jati diri serta tidak boleh diharap untuk pertahankan agama Islam dan budaya sebagai identiti negara.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan perbuatan pengislaman anak secara unilateral sebagai tidak adil, malah bukan sesuatu yang membanggakan.

“Eh, saya sebagai orang Islam tidak bangga dengan perkara seperti ini. Pada saya Islam mahukan keadilan dan memang tidak adil sekiranya seorang daripada ibu dan bapa menukar agama anak mereka yang sudah pun ada agama. Menukar agama tanpa persetujuan itu tidak adil.

“Kalau kita tidak suka ketidakadilan, kita tidak mahu ketidakadilan, jangan buat pada orang lain. Jangan lakukan pada orang perkara yang kita tidak mahu dibuat terhadap diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dipercayai memetik kes membabitkan Loh dan M Indira Gandhi.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi secara sinis mempersoalkan tindakan Nazri yang sepertinya menjadi ‘jurubicara’ idea liberal.

“Dia kata dia tak bangga dengan pengislaman anak-anak tersebut. Ini memang kelakar kerana beliau sendiri selama ini masa bila bangga dengan agama Islam.

“Ia tak kira sudut bidang kuasa agama di negeri, yang dalam kes ini Perlis benarkan unilateral. Itu pun setelah ibunya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak tersebut. Tidak ditemui untuk satu tempoh.

“Anak-anak itu pun masuk agama Islam secara sukarela, tanpa paksaan. Gembira beramal dan berkembang baik sahsiah Islam mereka. Bukan secara paksa seperti dakwaan Nazri Aziz,” bidasnya.

Lantaran itu, beliau menegaskan individu seperti itu tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

Bahkan baginya, mereka sepatutnya terus ‘dikuburkan’ sahaja dari arena politik tanah air.

Pautan terdahulu;

Pertikai pengislaman anak secara unilateral, masa bila Nazri bangga dengan Islam?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker