Banjir: Enam sekeluarga terperangkap 8 jam atas lori

Banjir: Enam sekeluarga terperangkap 8 jam atas lori

HULU TERENGGANU: Terkandas di atas lori hampir lapan jam bersama suami dan empat anak adalah pengalaman menakutkan bagi seorang suri rumah selepas rumah mereka di Kampung Menerong, di sini, ditenggelami banjir hampir 3 meter.

Menurut Radziah Sulaiman, 43, lebih membimbangkan suaminya Kamarulzaman Abdul Manan, 42, dan anak ketiganya berisiko diserang penyakit asma kronik akibat kesejukan melampau.

Jelasnya, pelbagai cara dilakukan untuk meminta bantuan gagal ekoran keseluruhan kawasan kampung itu ditenggelami air.

“Ini pertama kali dalam seumur hidup kak buat live FB. Kak tak pernah buat live. Kak tanya anak macam mana nak buat live FB.

“Mama nak minta tolong orang luar. Mana tahu kalau ada orang tengok live mama ni boleh tolong.

“Sebab kampung kita memang tak boleh, orang kampung kita semua dalam masalah,” kata Radziah.

Menurutnya lagi, walaupun sering berdepan bencana banjir sejak 16 tahun lalu, namun kejadian kali ini adalah yang paling menakutkan.

“Kami duduk atas kenderaan ini memang menggigil kesejukan, kelaparan dari pagi. Nak makan minum memang dak sempat sebab jadi dari pagi.

“Dalam pukul 5 lebih baru ada orang kampung mari tolong dengan bot.

“Sebelum itu ada jiran berenang ke rumah dia ketika air mulai surut, ambil tin biskut yang terapung dan campak satu kepada kami,” katanya lagi.

Radziah berkata, sebahagian dinding rumahnya yang dalam proses pembinaan turut runtuh dibadai arus deras banjir.

Terdahulu video berdurasi 4.13 saat yang memaparkan situasi Radziah dan keluarganya terperangkap di atas lori mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Dia sekeluarga kemudiannya berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung selepas air mulai surut.-AA

Banjir: Enam sekeluarga terperangkap 8 jam atas lori

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker