Krisis Rusia-Ukraine: Kapal Kargo Bangladesh Terkena Bedilan Serangan Di Ukraine

Krisis Rusia-Ukraine: Kapal Kargo Bangladesh Terkena Bedilan Serangan Di Ukraine

DHAKA: Sebuah kapal kargo milik Bangladesh di pelabuhan Olvia di Laut Hitam di Ukraine terkena serangan peluru berpandu atau bom, yang meragut nyawa seorang krew.

Pengarah Eksekutif Bangladesh Shipping Corp, Pijush Dutta, berkata pihaknya tidak pasti serangan berkenaan dilakukan oleh pihak mana.

“Kapal itu diserang dan seorang jurutera terbunuh. Saya tidak pasti sama ada ia peluru berpandu atau bom, atau pihak mana yang melancarkan serangan.

“Baki 28 krew kapal lain tidak mengalami kecederaan,” katanya, tanpa memberi perincian lanjut.

al Banglar Samriddhi yang belayar di bawah bendera Bangladesh, terperangkap di pelabuhan Olvia sejak pencerobohan Russia di Ukraine bermula 24 Februari lalu.

Jelasnya, kapal itu diserang peluru berpandu pada petang semalam.

Di Dhaka, Kedutaan Russia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, situasi yang membawa kepada insiden itu sedang diteliti.

“Kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang meninggal dunia. Pihak Russia sedang berusaha memastikan laluan keluar yang selamat bagi kapal Bangladesh dari pelabuhan itu,” katanya.

Beberapa video di media sosial menunjukkan krew kapal itu sedang meminta bantuan selepas kapal itu diserang.

Dalam video itu, jurutera kedua kapal itu berkata, mereka kini tidak memiliki bekalan tenaga elektrik.

“Kapal kini sedang menggunakan generator bekalan tenaga kecemasan. Kami di ambang maut. Kami belum diselamatkan. Tolong selamatkan kami,” katanya.

Kebanyakan syarikat perkapalan menggantung perjalanan ke pelabuhan di Laut Hitam dan terminal lain di Ukraine, dengan premium insurans pelayaran melonjak tinggi sejak beberapa hari lalu.

Sekurang-kurangnya tiga kapal komersial dilaporkan terkena serangan sejak 24 Februari lalu. – REUTERS /BH

Krisis Rusia-Ukraine: Kapal Kargo Bangladesh Terkena Bedilan Serangan Di Ukraine

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker