PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Oleh Nurul Aishah

Ada beberapa sebab apabila seseorang yang berjawatan menteri atau timbalan menteri dipecat.

Pertama adalah kerana beliau tidak mampu menggalas tanggungjawab. Tugas yang diberikan telah gagal diterjemahkan baik dari segi idea baru serta bernas dan juga gagal diterjemahkan di peringkat pelaksanaan.



Kedua adalah di sebabkan melakukan jenayah berat. Membunuh, rasuah dan seumpamanya.

Ketiga, banyak membawa mudarat kepada nama baik kerajaan yang memerintah. Bertindak seperti manusia kurang siuman dan cuba melawan arus kononnya atas nama pembaharuan maka individu itu menjadi tempat belasahan rakyat terhadap kerajaan. Saban hari, apa sahaja yang beliau lakukan atau ucapkan akan menjadi bahan mengutuk, mencerca, menghina dan merendahkan maruah kerajaan memerintah.

Lihat saja Maszlee Malik ketika menjadi Menteri Pelajaran. Idea kasut hitamnya menjadi bahan cercaan dan gurauan berlebihan. Janji beliau tol percuma kepada penduduk dan pengundi parlimen Simpang Renggam menjadi isu yang tidak mampu ditangkis oleh kerajaan pakatan harapan.

Akhirnya apabila terlalu memudaratkan parti dan kerajaan, perdana menteri Mahathir ketika itu membuat keputusan bukan untuk membubarkan kabinet tetapi satu keputusan yang amat memalukan kepada Maszlee Malik. Beliau dipecat dari kabinet dan menjadikan hanya beliau satu-satunya menteri yang dibuang dari kerajaan pakatan harapan pimpinan DAP.



Kini beliau bukan lagi ahli parti PPBM. Beliau keluar tinggalkan PPBM dan menyertai parti milik Anwar Ibrahim, PKR.

Melalui parti baharunya ini, beliau seperti sebelumnya yang terkenal dengan muka tebal, tidak merasa sedikit pun rasa malu untuk turut menawarkan bertanding di pilihanraya negeri Johor bagi kawasan DUN Layang-layang.

Gaji yang diterima bagi jawatan ahli parlimen belum ditunaikan sepenuhnya tanggungjawab, kini ingin mengambil gaji sebagai adun pula. Amanah sebagai ahli parlimen tidak disempurnakan, tamak pula untuk menjadi adun kata petugas bilik gerakan.



Isu pendidikan pula menjadi tawaran beliau ketika berkempen sedangkan sepanjang beliau yang masih menjadi ahli parlimen selama 3 tahun ini, apa yang beliau buat untuk pendidikan setempat?

Paling lucu, beliau berbangga mendakwa kejayaan besarnya sebagai ahli parlimen adalah wujudnya restoran rangkaian makanan segera McD. Betulkah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker