PRN Johor: BN gempur Johor habis-habisan

SELEPAS empat hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung, Barisan Nasional (BN) dilihat bersungguh-sungguh menawan kawasan utara Johor.

Antara kawasan terlibat ialah Batu Pahat, Muar dan Pagoh yang dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, BN hanya mampu memenangi dua daripada 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Satu ketika dahulu memang kawasan ini semua adalah kubu kuat UMNO dan dikatakan sebagai ‘fix deposit’ untuk BN, tetapi semua itu tidak berlaku selepas PRU14.

Strategi BN menggempur bahagian utara ini yang bertujuan untuk mengurangkan pengaruh Muhyiddin ini nampaknya akan membuahkan hasil berdasarkan tinjauan yang dibuat

Sejak penamaan calon pada Sabtu, pemimpin-pemimpin kanan BN mula turun satu persatu dimulai ‘Bossku’ Datuk Seri Najib Tun Razak yang pergi ke Pagoh.

Ia kemudiannya diikuti oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turun berkempen di Ayer Hitam.

Jentera UMNO dari tiga buah negeri juga turut ditugaskan untuk mengempur habis-habis bagi menafikan pengaruh Muhyiddin yang semakin tidak popular sebagai Abah semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

Berdasarkan tinjauan penganalisis poltik menjangkakan bahawa PN akan tersingkir dalam PRN Johor pada kali ini.

 

BN gempur habis-habis di kawasan utara Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker