Mangsa kedua kemalangan babitkan pelajar tahfiz maut
BUTTERWORTH: Seorang lagi pelajar perempuan sebuah maahad tahfiz yang terbabit kemalangan di Jalan Guar Petai, di sini, pagi semalam dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Mangsa dikenali ‘Aini’ dan berusia 14 tahun menghembuskan nafas terakhir jam 2.30 pagi tadi, selepas hampir 18 jam menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
“Si mati (mangsa) adalah sepupu kepada mangsa pertama yang meninggal dunia dalam nahas ini semalam dan dia juga adik kepada pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, jenazah sudah dituntut keluarga dan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat Padang Serai, Kedah.
Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah maahad tahfiz di Sungai Dua, dekat sini, yang dikatakan baharu selesai khatam al-Quran maut selepas terbabit kemalangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun menaiki MPV berkenaan bersama tiga yang lain, sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan di arah bertentangan.
Mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian, manakala tiga yang lain cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.