Liza menangis sebab kalah?

Liza menangis sebab kalah?

Penyanyi Liza Hanim kesal tindakan segelintir pihak yang mendakwa video menangis yang tular disebabkan kecewa tidak diangkat sebagai juara program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram (IG), Liza menjelaskan dakwaan itu bercanggah dengan isi temubual sebenar.



Sehubungan itu, pemilik nama lengkap Haliza Hanim Abdul Halim, 44, meminta semua pihak mendengar dengan teliti semula klip video temubual berkenaan yang disertakan dalam entri itu.

“Saya berasakan amat perlu untuk membuat pencerahan memandangkan ramai salah anggap dan cakap saya menangis pada sidang media ASGV akhir kerana tak menang.

“Mohon dengar rakaman video penuh temubual dan soalan yang menyebabkan saya sebak dan menangis,” tulisnya.

Kesal dengan apa yang berlaku, penyanyi Gelisah Mimpi itu memohon supaya pihak yang menyebar fitnah lebih beretika dalam melaksanakan tugas.



“Saya mohon kepada platform berita hiburan yang tidak bertanggungjawab menyunting temubual tersebut untuk lebih bertanggungjawab dalam soal kerja anda.

“Jangan memberi naratif yang sememangnya salah hingga memberi gambaran negatif untuk menarik perhatian pembaca.

“Sekarang kita sudah boleh ‘move on’,” jelasnya lagi.

Menerus konsert akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad lalu, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor diumumkan sebagai juara.



Liza menduduki senarai keempat dengan pungutan markah sebanyak 72.34 peratus. BH

Liza menangis sebab kalah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker