Pegawai antidadah dipenjara 15 bulan

Dua pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan memulakan hukuman penjara 15 bulan, hari ini, selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhir mereka bagi tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada suspek yang didakwa terbabit dalam penyalahgunaan dadah, 11 tahun lalu.

Imran Abdullah, 42, dan Sharaini Shuib, 57, juga didenda RM20,000 setiap seorang, selain kehilangan kerja mereka susulan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ditolak mahkamah.

Panel tiga hakim diketuai Hanipah Farikullah berpuas hati tiada kekhilafan yang boleh dirayu dan memerlukan campur tangan mereka.



“Pembelaan gagal menyangkal kes pendakwaan,” kata Hanipah yang bersidang bersama Ahmad Nasfy Yasin dan Nordin Hassan.

“Kami turut mempertimbangkan semua isu dibangkitkan pembelaan sebelum mencapai kesimpulan bahawa sabitan itu selamat. Berdasarkan keseluruhan bukti, kami mendapati tiada salah laksana keadilan.”

Hanipah berkata, hukuman dikenakan juga tidak keterlaluan sehingga memerlukan sebarang campur tangan.

“Kami mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengeluarkan perintah komital terhadap perayu supaya memulakan hukuman mereka hari ini,” katanya.



Imran dan Sharaini didakwa bersama meminta rasuah RM1,000 daripada S Devendran sebagai habuan untuk tidak mencadangkan perintah penahanan pencegahan mengikut undang-undang antidadah kerana didakwa terlibat penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Mereka turut didakwa menerima RM750 daripada Devendran.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Merak Jaya, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, antara jam 11.40 malam, 12 Mei 2011 hingga 12.40 pagi, 13 Mei 2011.

Mahkamah Sesyen memerintahkan mereka dipenjara 15 bulan dan denda RM10,000 setiap seorang kerana meminta rasuah; selain 12 bulan penjara dan RM10,000 lagi bagi kesalahan menerima rasuah. Dua hukuman penjara itu bagaimanapun diperintahkan berjalan serentak.



Timbalan Pendakwa Raya Wong Poh Yoke hadir bagi pihak pendakwaan, manakala M Athimulan dan Ismail Mohamad masing-masing mewakili Imran serta Sharaini.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker