Menteri PN maklumkan positif Covid-19 sebab itu tak ziarah mangsa banjir

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid memohon maaf kepada mangsa banjir di kawasan itu kerana tidak dapat bertemu mereka memandangkan beliau sedang menjalani kuarantin setelah dijangkiti Covid-19.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu memaklumkan perkara tersebut melalui perkongsiannya dalam hantaran di laman Facebook malam Isnin.

“Saya terkilan dan mohon maaf kerana tidak dapat pulang ke kawasan menjenguk mereka yang terjejas dengan banjir buat masa ini kerana sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. Maaf kerana tidak dapat bersama anda semua, keluarga Hulu Terengganu dalam waktu sukar ini.

“Namun begitu saya mengikuti rapat perkembangan banjir di Hulu Terengganu khususnya dan telah mengarahkan pegawai dan petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu untuk menggerakkan misi bantuan kepada mangsa banjir secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, sejak pagi Ahad, semua petugas dengan bantuan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu telah mula menyalurkan pelbagai bantuan awal berupa makanan seperti beras, mi segera, roti, biskut serta minuman selain selimut, tilam, pakaian dan kelengkapan diri kepada mangsa banjir.

“Saya juga telah meminta petugas supaya sentiasa bersedia dan mengenal pasti mangsa yang memerlukan bantuan supaya dapat dibantu sewajarnya dengan segera.

“Di peringkat kementerian, saya akan menyelaraskan bantuan tabung makanan untuk mangsa banjir bagi meringankan bebanan mereka,” katanya sambil menasihati peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terutama makanan.

Rosol juga berkata setakat ini, bekalan makanan dan keperluan dilaporkan mencukupi termasuk di kawasan banjir namun jika ada sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi talian aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. – Bernama

Menteri PN maklumkan positif Covid-19 sebab itu tak ziarah mangsa banjir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker