Banjir: TNB giat pulihkan bekalan elektrik di Terengganu, Kelantan
TNB sedang giat berusaha memulihkan bekalan elektrik di daerah-daerah di Terengganu dan Kelantan yang terjejas akibat banjir.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, warga kerja barisan hadapan TNB sedang bertungkus lumus di lapangan supaya bekalan dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.
“TNB sentiasa peka dan turut bersimpati dengan keperitan rakyat yang sedang diuji dengan bencana dan TNB juga sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan elektrik di waktu bencana banjir ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, syarikat utiliti nasional itu akan berusaha memulihkan bekalan secepat mungkin, namun keselamatan awam dan barisan hadapan menjadi keutamaan dalam usaha membaik pulih bekalan.
“Antara keutamaan kami adalah memulihkan pencawang yang terkesan dan aset lain, termasuk dengan membuat pengujian bagi memastikan keadaan aset-aset ini selamat untuk menyalurkan bekalan,” katanya dan menambah TNB akan segera mengembalikan semula bekalan, sebaik keadaan mengizinkan dan akan memastikan bekalan ke semua pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik.
Beliau berkata, selain PPS, TNB akan memastikan bekalan elektrik yang berterusan ke premis strategik seperti hospital dan balai polis termasuk melalui set janakuasa mudah alih jika premis berkenaan tidak dapat menerima bekalan daripada pencawang.
Orang ramai juga dinasihatkan agar berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air dan mengelak daripada menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik. – Bernama
Banjir: TNB giat pulihkan bekalan elektrik di Terengganu, Kelantan
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.