Rakyat Malaysia di Rusia cerita suasana di sana
SHAH ALAM – Ratusan maut manakala ribuan lagi cedera beberapa hari selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan pencerobohan bagi menggulingkan kerajaan Ukraine sejak Khamis lalu.
Media antarabangsa melaporkan, sejak serangan pencerobohan dilakukan, Kremlin telah melakukan 203 serangan dan memusnahkan lebih 70 pangkalan tentera termasuk 11 lapangan terbang di negara itu.
Susulan pelancaran operasi ketenteraan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan melaksanakan proses evakuasi melibatkan 11 rakyat Malaysia di Ukraine.
Itu situasi di Ukraine, namun berbeza dengan nasib rakyat Malaysia di Moscow, Rusia.
Sungguhpun jauh dari kawasan pertempuran, namun tempias peperangan turut dirasai mereka.
Walaupun mereka menjalani rutin harian seperti biasa, namun tetap waspada dan mengikuti apa jua pengumuman oleh pihak pemerintah dari semasa ke semasa.
S Ramesh Subra, 28, berkata, keadaan di Moscow adalah seperti biasa dan orang ramai bebas melakukan aktiviti harian tanpa sekatan atau perintah berkurung.
“Keadaan di sini seperti biasa, tiada sebarang ketakutan untuk ke tempat kerja atau sekatan penggunaan pengangkutan awam berbanding di sempadan Rusia”, katanya.
Dia yang tinggal di Rusia sejak 10 tahun lalu menambah, penduduk di sempadan Rusia kini dipindahkan ke Moscow selepas kerajaan negara itu melakukan proses evakuasi selama seminggu.
Proses evakuasi itu dilakukan oleh sukarelawan terdiri daripada pelajar universiti dan badan bukan kerajaan bagi penyediaan tempat tinggal dan makanan.
Bagaimanapun dia berkata, pihak keselamatan di Moscow tetap meningkatkan kawalan keselamatan di tempat awam dan stesen metro bawah tanah.
“Jumaat lalu, lapangan terbang domestik ditutup, Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo dan Lapangan Terbang Domodedovo juga ditutup.
“Lebih 1,500 penumpang terkandas selepas kawalan trafik udara melaporkan beberapa negara Eropah menyekat penerbangan ke Moscow,” katanya.
Sehingga kini, jurutera yang berkhidmat dengan syarikat antarabangsa itu berkata, belum ada sebarang tanda serangan antara kedua-dua negara itu akan tamat dan perkara ini sedikit membimbangkan terutama dalam urusan kewangan harian.
“Kebanyakan penduduk beratur untuk keluarkan duit untuk menukar Dolar Amerika Syarikat (AS$) kepada Rubel. Kelmarin, 70 Rubel untuk satu Dolar dan kini naik 89 Rubel.
“Ramai mengambil kesempatan mengeluarkan wang untuk ditukar daripada Dolar kepada Rubel bagi mendapatkan harga tinggi.
“Mereka menjangkakan selepas perang ini, harga Rubel tidak stabil dan mereka tidak akan dapat untuk menjualnya semula, selain itu banyak bank di Rusia mula disekat oleh Amerika Syarikat sehingga Google Pay dan Apple Pay tidak boleh digunakan, sedangkan masyarakat di sini menggunakan khidmat itu setiap hari,” katanya lagi.
Susulan sekatan berkenaan, orang awam mula beratur di mesin pengeluaran wang namun kebanyakan mesin ini kehabisan wang.
TENANG TAPI BERINGAT
Seorang lagi rakyat Malaysia, Saifullah Jamaludin, 45, memberitahu Sinar Harian, setakat ini tiada sekatan melampau berlaku terutama di Moscow.
“Keadaan sangat tenang untuk negara yang sedang dalam peperangan, tiada suasana panik, tiada kawalan ketat polis atau tentera, tiada protes melampau malah taman tema air, kompleks beli-belah tetap dipenuhi pengunjung,” ujarnya.
Bertugas dengan sebuah syarikat pengeluar minyak, dia menambah, di Moscow sahaja terdapat lebih sejuta penganut beragama Islam dan segala aktiviti keagamaan berjalan seperti biasa terutama solat Jumaat.
“Di Moscow ada empat masjid, Jumaat lalu masjid di sini penuh sesak hingga ada yang berjemaah di pekarangan masjid, di jalan raya dengan kawalan polis dan perkara itu bukan sesuatu yang asing buat masyarakat di sini,” jelas beliau.
Namun, Saifullah mengingatkan agar rakyat Malaysia di Rusia segera berdaftar dengan Kedutaan Malaysia jika belum berbuat demikian.
“Jika keadaan berubah, pihak kedutaan biasanya akan menyalurkan informasi terkini dengan cepat malah bantuan akan disalurkan dengan segera.
“Kedutaan Malaysia di Moscow adalah antara yang terbaik sepanjang saya berurusan,” katanya.
Rakyat Malaysia di Rusia cerita suasana di sana
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin