Isu kartel Polis, Hamid Bador tidak kemukakan bukti malah tiada nama individu disebut – EAIC
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador telah hilang hak untuk mengulas dakwaan kartel polis.
“Barisan pesuruhjaya EAIC sebulat suara mendapati Abdul Hamid Bador telah hilang haknya untuk membuat sebarang komen berkenaan isu kartel ini,” kata Lembaga Pesuruhjaya EAIC pada satu kenyataan hari ini.
Kata EAIC, ini berdasarkan rakaman percakapan bekas ketua polis itu dengan suruhanjaya berkenaan.
“Beliau tidak memberikan sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaan beliau bahawa wujud kartel dalam polis.
“Beliau tidak menamakan mana-mana pegawai yang terlibat dalam isu kartel ini.
“Beliau mengakui selaku ketua polis negara tidak pernah membangkitkan mengenai isu kartel ini dalam mana-mana mesyuarat melibatkan pengarah-pengarah jabatan PDRM Bukit Aman,” kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, EAIC menegaskan Abdul Hamid juga “enggan untuk dirakam percakapan lanjut” bagi mendapatkan penjelasannya.
Kenyataan EAIC ini ditandatangani Pengerusinya Sidek Hassan, Timbalan Pengerusi Zainun Ali dan para pesuruhjayanya Mahmood Adam, Aziah Ali, Alizatul Khair Osman Khairuddin, John Louis O’Hara, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
Mereka berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Hamid bahawa penemuan EAIC mengenai kartel polis adalah “cetek dan tidak betul”.
Minggu lalu, Sidek berkata berdasarkan keterangan saksi dan dokumen yang diperoleh EAIC, pihaknya tidak dapat mengesahkan kewujudan kartel yang didakwa itu.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh pernah membangkitkan pendedahan Hamid adalah serius kerana dia menjadi ketua polis negara ketika memberitahu mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, lembaga pesuruhjaya EAIC berkata bahawa masa dakwaan Hamid tentang kewujudan kartel bertepatan dengan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai KPN, menimbulkan persoalan mengenai motif pendedahan tersebut.
Mereka mendapati Hamid semasa menjadi KPN tidak mengambil tindakan sewajarnya walaupun mengetahui isu kartel sejak 2020.
“Beliau mempunyai masa dan kuasa untuk menangani isu ini sebelum mendedahkannya kepada media.
“Beliau selaku KPN sepatutnya mengarahkan pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman untuk menjalan siasatan secara terperinci dan tindakan sewajarnya perlu diambil terlebih dahulu,” kata EAIC.
Pesuruhjaya EAIC berkata Abdul Hamid juga tidak pernah membangkitkan isu kartel polis ketika mesyuarat Suruhajaya Pasukan Polis (SPP).
Pada sidang akhbar terakhirnya Mac tahun lepas, Abdul Hamid (gambar, atas) mendakwa wujudnya “kartel” dalam pasukan polis, yang bercita-cita untuk menguasai pasukan itu untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.
Katanya, kumpulan ini termasuk pegawai berpangkat tinggi, mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah, juga didakwa berkomplot untuk menyingkirkannya sebagai ketua polis negara.
Hamid juga mendakwa ahli kartel termasuk anggota polis lebih muda yang berpakat dalam cubaan untuk menyingkirkannya sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih besar untuk menguasai pasukan itu.
Acryl Sani Abdullah Sani yang menggantikan Abdul Hamid sebagai ketua polis negara mengumumkan pada Mei tahun lalu bahawa EAIC sedang menyiasat dakwaan itu.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu walaupun sebelum ini mengesahkan tiada gerakan kartel dalam PDRM.
“Siasatan dalaman PDRM mendapati tiada isu namun saya tidak berpuas hati, saya menyuruh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk meneruskan siasatan,” katanya pada 25 Nov 2021.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin