Calon MCA bawa ‘bossku’ berkempen di Perling
Calon MCA bawa ‘bossku’ berkempen di Perling
MCA memulakan kempen untuk calonnya di kerusi DUN Perling, Nicole Tan Hiang Kee dengan menjemput bekas perdana menteri, Najib Razak, yang sebelum ini disabitkan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Tan mengunjungi medan selera di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, dengan kebanyakan pengnjung Cina mengerumuni mereka tetapi perhatian lebih tertumpu kepada Najib berbanding calon MCA itu sendiri.
Tan ketika ditanya apakah dia bimbang imej Najib membayanginya, berkata “Tidak mengapa kerana kita kongsi tumpuan”.
“Lagipun, kami adalah daripada gabungan politik yang sama. Saya berasa berbesar hati kerana beliau sudi membantu saya dalam pilihan raya ini,” katanya kepada wartawan.
Tan akan berdepan pencabarnya, Khoo Siaw Lee dari Perikatan Nasional (PN) dan Liew Chin Tong dari Pakatan Harapan (PH) di kerusi berkenaan.
Liew berkata, dia tidak berpendapat majoriti pengundi golongan pertengahan kaum Cina akan menerima pemimpin yang dituduh melakukan rasuah besar, di sebalik sikap yang dipamerkan Najib kepada kaum Cina.
Najib bagaimanapun berpendapat sebaliknya.
“Saya lihat bahawa sokongan masyarakat kaum Cina kian bertambah dan meningkat. Kalau lihat sambutan yang diterima pagi ni, boleh kata sambutan hangat.
“Kita tak nampak ini masa PRU14 lalu,” katanya kepada wartawan.
Malah Najib berkata, dia juga melihat ada seorang pemuda yang akan mengundi buat kali pertama menyarungkan baju-T ‘Bossku’.
“Malu apa bossku” adalah slogan yang dicipta untuk menjenamakan semula imej Najib selepas dia tewas pada pilihan raya umum 2018 berikutan skandal 1MDB.
Bagaimanapun, PH yang berjaya menamatkan kekuasaan BN selama enam dekad hanya dapat bertahan selama 22 bulan apabila gabungan itu berpecah.
Kini terdapat dua gabungan parti politik yang menentang BN iaitu PH dan PN
PN juga cuba menampilkan poster pengerusinya Muhyiddin Yassin yang diberikan gelaran “Abah” pada pilihan raya Johor.
Bagaimanapun Najib berkata sama ada strategi itu berkesan atau sebaliknya akan ditentukan oleh pengundi pada hari mengundi nanti.
“Sama ada itu menguntungkan Bersatu atau tidak bergantung pada masa lah, kita tengok 12 Mac nanti,” katanya sambil tertawa.
Terdahulu, Najib dilihat bergambar dan beramah mesra dengan pengunjung Cina di medan selera itu, dengan sesetengahnya menyambutnya dengan sorakan ‘Bossku’.
Najib membuat kemunculan menjelang pilihan raya Johor, termasuk melawat perarakan tahunan Johor Chingay dan melawat Sekolah Tinggi Foon Yew yang merupakan sebuah sekolah persendirian Cina terbesar di Johor.
Ditanya mengenai kritikan terhadap lawatannya berikutan sabitan terhadapnya di mahkamah, Najib berkata dia dijemput untuk hadir kedua-dua acara itu.
“Kalau masyarakat tempatan sendiri minta saya hadir, orang lain kenapa nak buat sibuk pula kan.
“Itu hak mereka siapa yang nak dijemput. Kalau jemput pemimpin DAP pun hak mereka tapi kali ini pun mereka tak jemput pemimpin DAP. Kenapa tak disebut tak jemput? Tanyalah mereka,” katanya.
Kerusi DUN Perling disandang oleh Cheo Yee How dari DAP, namun pada PRN ini namanya digugurkan sebagai calon.
Pada pilihan raya umum 2018, Cheo menang dengan majoriti 19,533 undi.
BN kurang menerima sokongan daripada masyarakat Cina pada PRU lalu tetapi mengharapkan berlaku perubahan kali ini. Mk
Calon MCA bawa ‘bossku’ berkempen di Perling
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin