PRN Johor: Iring Calon Untuk Masuk Tik Tok Sahaja

Oleh Megat Terawih

Kecoh di kem MUDA apabila Presiden mereka sendiri, Syed Saddiq menjadi pencadang mengiringi calon DAP di N46 Perling dan bukannya calon dari partinya sendiri.

Belum reda isu MUDA jadi lembu belaan taikun-taikun jutawan. Timbul pula isu Syed lebih utamakan DAP lagi.

Ada yang mula keliru dan tertanya. Apakah ini sebahagian daripada perjanjian antara DAP dan MUDA? Sekiranya tiada imbuhan yang besar sudah pasti Syed tidak akan menjadi pencadang kepada calon DAP tersebut.

Adakah tindakan Syed Saddiq itu berkaitan dengan dana pilihanraya? 7 calon MUDA yang bertanding, tiada satu pun calonnya bertembung dengan DAP dan PAN tetapi ada yang berlawan dengan PKR. Ini semua menjadi persoalan dan kebanyakan ahli MUDA meninggalkan parti secara terbuka.

Syed dikatakan masih belum berubah. Ketika menjadi Ketua Armada Malaysia bagi PPBM, Syed dikatakan ada diberi peruntukan besar oleh Mahathir, kemana dana yang berjumlah RM5juta itu?

Malah isu wang tunai ratusan ribu ringgit turut ditemui di dalam peti besi di rumahnya turut menjadi isu besar integriti seorang pemimpin baharu di dalam politik.

Turut menjadi semakin panas apabila rakan-rakan karibnya juga turut mempunyai wang tunai dengan jumlah ratusan ribu ringgit di rumah-rumah mereka ketika kes tersebut menjadi panas.

Terkini, Syed di dakwa di mahkamah di atas penyelewangan wang Armada.

Adakah duit menghantui perjalanan politik Syed Saddiq? Apakah penubuhan MUDA adalah sebagai tempat ‘melombong’ duit?

Hinanya calon MUDA di DUN Larkin apabila Syed hanya jadikan beliau bahan di dalam Tik Toknya dan bukan sebagai pencadang atau pengiring.

Katanya pemilihan calon MUDA pun berkait dengan duit?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker