Menteri Hal Ehwal Agama Hormati Keputusan Selangor Tetapkan SOP Solat Jumaat Di Masjid, Surau
Menteri Hal Ehwal Agama Hormati Keputusan Selangor Tetapkan SOP Solat Jumaat Di Masjid, Surau
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata pihaknya menghormati keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan hanya jemaah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan dos penggalak dibenar menunaikan solat Jumaat di masjid serta surau di negeri itu.
Beliau berkata, keputusan itu ditentukan Majlis Agama Islam Negeri dan bukan diarah oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Penentuan hal ehwal agama semua ini milik Majlis Agama Islam Negeri, KKM tidak mengarahkan tetapi itu keputusan setiap negeri.
Idris berkata, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid sebelum ini juga berbeza antara negeri seperti pelaksanaan solat Jumaat yang terhad kepada 12 orang di Selangor manakala negeri lain membenarkan bilangan jemaah lebih ramai.
Selasa lepas, Jabatan Agama Islam Selangor melalui Surat Pekeliling bertarikh 21 Feb lepas menetapkan syarat bahawa jemaah perlu lengkap dua dos vaksin serta menerima dos penggalak bagi menunaikan Solat Jumaat mulai 25 Feb lepas.
Polis juga dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung video tular berdurasi 29 saat yang memaparkan anggotanya menjalankan pemantauan SOP solat Jumaat di sebuah masjid di Puchong pada Jumaat lepas.
Semakan polis mendapati video yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook itu berlaku pada kira-kira 1 tengah hari ketika anggota berpangkat Koperal menjalankan tugas rutin memantau SOP solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.
Anggota itu turut memberi penerangan berkaitan SOP terbaharu Selangor bagi jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat di masjid atau surau di negeri tersebut. – BERNAMA
Menteri Hal Ehwal Agama Hormati Keputusan Selangor Tetapkan SOP Solat Jumaat Di Masjid, Surau
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin