PRN Johor: Proses penyerahan borang calon libatkan 56 kerusi telah berakhir

JOHOR BAHRU: Proses penyerahan borang pencalonan bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor berakhir pada pukul 10 pagi ini.

Proses yang bermula pada pukul 9 pagi melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor itu, berjalan lancar.

Sebaik proses penyerahan borang selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti tidak dibenarkan di pusat-pusat penamaan calon.

Hanya calon serta pencadang dan penyokong calon tersebut dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker