‘Museum Of The Future’ Struktur Tercantik Di Dunia Sudah Dibuka Di Dubai [VIDEO]

‘Museum Of The Future’ Struktur Tercantik Di Dunia Sudah Dibuka Di Dubai [VIDEO]

DUBAI: Dilabel sebagai ‘bangunan paling cantik di dunia’, Museum of The Future secara rasminya dibuka Selasa lalu, menandakan kemunculan satu lagi mercu tanda di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan.

Bangunan tujuh tingkat dengan keluasan 30,000 meter persegi itu terletak tidak jauh dari bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, sebuah lagi struktur ikonik yang menghiasi latar langit Dubai.



Museum of The Future adalah tambahan terbaharu kepada usaha menonjolkan seni bina Dubai dengan reka bentuk futuristik.

@museumofthefuture

كن جزءاً من افتتاح أجمل مبنى على وجه الأرض اليوم على تيك توك #أجمل_مبنى_على_وجه_الأرض#متحف_المستقبل #MuseumOfTheFuture #MOTF

♬ original sound – Museum of the Future



“Museum of The Future ialah ‘muzium hidup’, sentiasa bermetamorfosis kerana persekitarannya mendorong perubahan berterusan,” kata Mohammed Al Gergawi, Menteri Hal Ehwal Kabinet UAE dan Pengerusi Yayasan Masa Depan Dubai semasa majlis perasmian.

Direka oleh arkitek Shaun Killa, bangunan itu diilhamkan untuk menjadi ikon seni bina dan budaya, dan merupakan pencapaian yang luar biasa dalam reka bentuk dan kejuruteraan bantuan komputer.



Muzium ini akan memberi pengalaman menarik untuk orang ramai mendapat inspirasi daripada pelbagai aspek pemikiran masa depan. – Reuters

Diperbuat dari keluli tahan karat, bahagian hadapannya sahaja mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan, yang terdiri daripada pemasangan panel bahan komposit empat lapisan yang amat kompleks.

Garisan cahaya sepanjang 14,000 meter, menerangi kaligrafi tiga petikan kata-kata Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, Naib Presiden yang juga Perdana Menteri UAE dan Ketua Pemerintah Dubai.

Muzium ini diberi kuasa solar 4,000 MWh setahun yang dijana oleh taman suria dan memenuhi piawaian kemampanan global tertinggi.



Pelawat akan menerokai persekitaran masa depan yang mengasyikkan, direka untuk merangsang deria dan perkembangan minda.

Ia akan memberi pengalaman menarik untuk orang ramai mendapatkan inspirasi daripada pelbagai aspek pemikiran masa depan.-AA

‘Museum Of The Future’ Struktur Tercantik Di Dunia Sudah Dibuka Di Dubai [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker