Amerika tunjuk kuasa, sekat Presiden Rusia
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengenakan sekatan ke atas Presiden Rusia, Vladimir Putin; Menteri Luar Sergey Lavrov dan pegawai kanan lain berikutan operasi ketenteraan Moscow di Ukraine.
Rumah Putih sebelum ini memaklumkan Washington akan menyertai Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan terhadap pemimpin dan diplomat kanan serta anggota pasukan keselamatan Rusia.
“Presiden Putin dan Menteri Lavrov bertanggungjawab secara langsung terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang itu, satu operasi ketenteraan tanpa provokasi ke atas Ukraine, sebuah negara berdaulat demokratik,” lapor Agensi Anadolu memetik Jabatan Perbendaharaan.
Seramai 11 anggota pasukan keselamatan Rusia dikenakan sekatan termasuk Pengarah Perkhidmatan Perisikan Asing, Sergei Naryshkin.
“Kami bersatu dengan sekutu dan rakan kongsi antarabangsa kami untuk memastikan Rusia menanggung kerugian ekonomi dan diplomatik akibat tindakan itu.
“Jika perlu, kami bersedia untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Rusia,” kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.
Operasi ketenteraan di Ukraine memasuki hari ketiga pada Sabtu dengan laporan terbaharu menyatakan tentera Rusia sedang bergerak ke Kiev.
Putin mengumumkan oeprasi ketenteraan itu pada Khamis, beberapa hari selepas mengiktiraf dua wilayah di timur Ukraine.
Beliau mendakwa Moscow tidak berhasrat untuk menduduki negara jiran itu sebaliknya mahu ‘menjadikan kawasan itu bebas tentera’ dan ‘denasify’ Ukraine.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia cuba mewujudkan kerajaan boneka dan berkata rakyat Ukraine akan mempertahankan negara mereka. – Bernama
Amerika tunjuk kuasa, sekat Presiden Rusia
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
You must be logged in to post a comment.