Apalah nasib wanita dimadukan

Apalah nasib wanita dimadukan

“Boleh berpoligami tetapi jangan jadikan tontonan umum.”

Itu nasihat pelakon Azhar Sulaiman buat para suami susulan isu poligami yang hangat diperkatakan dalam media sosial mutakhir ini.



Katanya, kontroversi sebegitu tidak wajar dijadikan contoh kepada komuniti kerana berpotensi menjejaskan akhlak seseorang.

“Sebagai lelaki tulen, saya tidak tolak sekiranya ada jodoh berkahwin dua atau tiga tetapi dalam keadaan serba moden ini, perkara sebegini tidak patut dipertontonkan dan harus dirahsiakan.

“Pada akhirnya, tunjuk isteri sedang menangis. Drama tersebut tidak bagus untuk masyarakat.

“Lagi banyak orang tunjuk macam-macam benda, lagi banyak akan mempengaruhi perkara tidak baik,” katanya dalam Instagram.



Dalam masa sama, Azhar atau lebih dikenali sebagai Behar itu bersimpati dengan nasib wanita yang diduakan suami.

“Saya pernah letakkan diri saya dalam situasi isteri pertama. Boleh terimakah kalau Cempaka ada ‘boyfriend’ (teman lelaki).

“Mereka (isteri) hanya patuh kepada suami untuk masuk ke dalam syurga tetapi kasihan.

“Apa yang penting jangan jadikan perkara tersebut sebagai kejayaan apabila dapat berkahwin dua,” ujarnya lagi.



Sejak minggu isu poligami hangat diperkatakan netizen apabila pempengaruh Alif Teega mendedahkan sudah berkahwin dua bagi mengelakkan fitnah terhadap dirinya.

Isteri pertamanya, Aisyah Hijanah yang juga merupakan personaliti terkenal media sosial reda dengan ketentuan Ilahi dan berharap orang ramai tidak memburukkan suami serta madunya. K Online

Apalah nasib wanita dimadukan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker