Najib akan saman Shamsul Iskandar kerana fitnah
Najib akan saman Shamsul Iskandar kerana fitnah
Najib Razak mengarahkan peguamnya memulakan saman fitnah terhadap Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin atas dakwaan beliau mencuri RM2.6 bilion dana 1MDB untuk menampung gaya hidupnya.
Ketika menafikan dakwaan itu, bekas Perdana Menteri itu dalam catatan Facebooknya berkata, beliau tidak didakwa menyeleweng dana, sebaliknya dituduh atas pengubahan wang.
“Mereka tidak akan mengaku saya telah dakwa bawah AMLA dan bukan mencuri mahupun merompak (sebagaimana pemimpin mereka dalam kes terowong) dan dana tersebut telah dipulangkan kepada penghantar,” katanya merujuk AMLA sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Najib berkata, beliau didakwa dengan tujuh pertuduhan pengubahan wang kerana memulangkan dana itu kepada penghantarnya empat bulan selepas dimasukkan ke akaunnya.
“Jadi, bagaimana pula saya simpan RM2.6 bilion untuk ‘tampung gaya hidup’ saya?” soalnya memandangkan beliau sudah memulangkan wang itu.
“Ini yang tidak akan diakui oleh mana-mana pemimpin dari geng sebelah sana, walaupun ianya merupakan bukti mahkamah sebab mereka mahu teruskan propaganda menipu bahawa Najib kononnya curi RM2.6 bilion untuk beli cincin dan beg tangan.”
Selain Najib, Shamsul yang juga bekas timbalan menteri, dalam hantaran di Facebooknya turut mendakwa bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner dan ahli perniagaan diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan dana awam itu.
Najib berdepan 25 tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berhubung dakwaan dana 1MDB lebih RM2 bilion yang dimasukkan ke akaun banknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
FMT
Najib akan saman Shamsul Iskandar kerana fitnah
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19
You must be logged in to post a comment.