Bukan Tanda ‘Red Flag’ Bila Pembukaan Semula PKRC MAEPS – Khairy

Bukan Tanda ‘Red Flag’ Bila Pembukaan Semula PKRC MAEPS – Khairy

Pembukaan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bukan petanda penularan kes berada pada tahap serius di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu diambil untuk meringankan beban hospital awam sekali gus berupaya menangani kes-kes selain COVID-19

Jelasnya, katil-katil di hospital akan berkurangan akibat kemasukan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.

“Pesakit hanya dapat tahu dijangkiti COVID-19 ketika mahu mendapatkan rawatan di hospital tanpa ada sebarang simptom. Ini sudah semestinya memerlukan pengurusan katil kerana dia perlu diasingkan terlebih dahulu di wad.

“Justeru, kalau boleh kita mahu dia diasingkan terlebih dahulu dan dalam masa yang sama hospital mempunyai fleksibiliti untuk rawatan penyakit lain. Kita mahu jaga kapasiti hospital dan pembukaan MAEPS bukan tanda lampu merah kes di negara ini,

“Ini untuk elakkan kesesakan di hospital,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Projek Naik Taraf Bekalan Gas Perubatan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKNN) di Hospital Sungai Buloh (HSB) pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Bahagian Kejuruteraan (KKM), Tauran Zaidi Ahmad Zaidi dan Pengarah HSB, Dr. Kuldip Prem Singh.

Pada Khamis, Khairy mengumumkan pembukaan semula PKRC MAEPS dan mengarahkan agar semua kes rawatan tertunda akibat peningkatan virus COVID-19 tahun lalu diselesaikan tahun ini.

PKRC MAEPS 2.0 ditutup pada 8 Februari lalu selepas 14 bulan memberi khidmatnya kepada 166,072 pesakit COVID-19 yang terdiri daripada kategori satu hingga empat.

MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020 dengan pengambilan pesakit COVID-19 yang hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi kategori satu serta dua dan kemudian ditutup pada 15 Julai tahun yang sama.

Pada 9 Disember 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes COVID-19.

Ia kemudiannya dinaik taraf sebagai PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 pada 24 Januari dengan menerima pesakit kategori tiga dan empat dengan skala sederhana.-AA

Bukan Tanda ‘Red Flag’ Bila Pembukaan Semula PKRC MAEPS – Khairy

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker