Nelayan Vietnam didenda lebih RM38 juta ceroboh perairan Terengganu
Nelayan Vietnam didenda lebih RM38 juta ceroboh perairan Terengganu
Seramai 159 nelayan warga Vietnam dihadapkan ke mahkamah dan didenda keseluruhan RM38.25 juta, selepas didapati bersalah menceroboh perairan Terengganu sejak Mac 2021 hingga bulan lalu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Suffi Mohd Ramli berkata kejayaan menyabitkan semua nelayan asing itu adalah hasil penguatkuasaan agensi itu yang memandang serius isu pencerobohan perairan negara bagi aktiviti menangkap hasil laut negara.
“APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, terutama nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran yang akan merugikan negara,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, semua nelayan berusia 18 hingga 60 tahun itu ditahan menerusi Op Naga Barat dan Op Kuda Laut, dengan 15 bot mereka turut dirampas.
Menurutnya, 14 bot itu dilucut hak dan akan dilupuskan sebagai tukun tiruan, manakala sebuah lagi bot membayar denda serta diusir ke negara asal.
Suffi berkata, pihaknya juga memandang serius penglibatan nelayan tempatan yang dipercayai bersekongkol dan menjadi tali barut nelayan asing.
“Rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan untuk mencegah sebarang aktiviti menyalahi undang-undang maritim. APMM akan terus melaksanakan rondaan di perbatasan sempadan negara bagi mengekang pencerobohan nelayan asing yang tidak serik menjarah hasil laut tanpa kebenaran.”
Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama masyarakat, khasnya nelayan tempatan untuk melaporkan sebarang maklumat dan salah laku di perairan negara menerusi talian MERS 999 atau 09-622 4357 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu.
Sementara itu, Suffi mempelawa orang ramai mengunjungi Pameran Maritim Terengganu yang sedang berlangsung di Galeri Drawbridge, di sini, sejak 10 Feb hingga 10 Mac ini.
Katanya, pelbagai aktiviti menarik diadakan, termasuk pameran senjata, kapal terbuka serta pemeran maya bertujuan menerangkan tugas dan fungsi APMM, selain memberi tip kesedaran keselamatan di laut kepada orang ramai. FMT
Nelayan Vietnam didenda lebih RM38 juta ceroboh perairan Terengganu
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19
Encik Sajat kini wanita sah di Australia
You must be logged in to post a comment.