MUDA, PKR sah berentap di Larkin
PETALING JAYA: MUDA mengumumkan bertanding di DUN Larkin pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, sekali gus akan “bertembung” dengan PKR.
Dalam kenyataan, MUDA mengumumkan bertanding di tiga kerusi iaitu DUN Larkin, Machap dan Parit Raja.
“Tiga calon MUDA telah diumumkan iaitu DUN Parit Raja (Fikri Musa), Machap (Sangaran Rawisandiran) dan DUN Larkin (Rasid Abu Bakar),” katanya.
Sebelum ini, PKR mengumumkan bertanding di Larkin dengan menamakan Zamil Najwah Arbain sebagai calon.
MUDA sebelum ini mengumumkan Setiausaha Agungnya, Amira Aisya bertanding di DUN Puteri Wangsa, Lim Wei Jit, yang juga ahli jawatankuasa Pusat MUDA (DUN Tenang), Nurafiqah M Zulkifli (DUN Bukit Kepong) dan Azrul Rahani, yang juga Pengerusi MUDA Johor sebagai calon DUN Bukit Permai.
Dengan pengumuman tiga lagi calon hari, MUDA setakat ini sudah mengesahkan bertanding di tujuh kerusi pada PRN Johor.
Amanah dan DAP memberi laluan kepada MUDA untuk bertanding di enam kerusi dalam PRN Johor, iaitu Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai,
Rundingan rasmi antara MUDA dan PKR tamat apabila kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat berhubung pengagihan kerusi susulan tindakan PKR yang akan mengumumkan senarai calon mereka di 20 kerusi yang dipertandingkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh mengundi ditetapkan pada 12 Mac depan.
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19