Mahasiswa pun kena kencing dengan macau scam
JEMPOL: Seorang mahasiswa sebuah universiti swasta berputih mata selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam sehingga wang simpanannya lesap sebanyak RM32,450.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 21 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa dirinya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari cawangan ibu pejabat Kuala Lumpur pada pukul 1.13 petang Ahad lalu.
Mangsa dimaklumkan terdapat tunggakan bayaran bagi syarikat yang didaftar atas miliknya sedangkan dia tidak mempunyai sebarang syarikat.
“Suspek memberitahu mangsa perlu memberikan nombor akaun supaya Bank Negara dapat menyekat akaunnya dan menjalankan siasatan. Mangsa kemudiannya mengikut arahan suspek dan memberikan satu akaun miliknya kepada suspek tanpa menyedari ia adalah perbuatan penipuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Chang Hook berkata, mangsa kemudiannya berasa curiga terus membuat semakan dan mendapati terdapat pengeluaran wang dalam akaunnya sebanyak RM32,450.
Menurutnya, pengeluaran tersebut dipindahkan ke atas akaun individu bernama Muhammad Hadri dan Vikneswaran Shahmugam.
“Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis di Balai Polis Rompin bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya
Mahasiswa pun kena kencing dengan macau scam
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19