Irwan Serigar mohon batal saman 1MDB
Irwan Serigar mohon batal saman 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah memohon untuk membatalkan saman yang difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang menuntut mereka membayar USD6.59 bilion.
Permohonan itu difailkan Irwan selaku defendan kedua di Mahkamah Tinggi di sini menerusi firma guaman Tetuan Lavania & Balan Chambers pada 18 Feb lalu terhadap 1MDB sebagai plaintif dalam kes tersebut.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh media menerusi sistem mahkamah, Irwan mendakwa tuntutan saman terhadapnya adalah pramatang kerana pelaburan Brazen Sky Limited serta pembayaran Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak boleh dikekalkan memandangkan mahkamah masih belum menentukan 1MDB mengalami kerugian sebanyak USD1.83 bilion dan USD3.5 bilion.
Irwan mendakwa, beliau tidak mempunyai sebarang kewajipan kontrak, statutori atau fidusiari terhadap 1MDB kerana pelantikannya sebagai pengarah syarikat itu adalah selepas kerugian yang didakwa dialami 1MDB.
Beliau juga mendakwa apa yang amat mengelirukan ialah Lembaga Pengarah 1MDB sebelum beliau menjadi Pengerusi tidak disaman oleh syarikat itu meskipun pelaburan Brazen Sky dan pembayaran Aabar Investments dilaksanakan semasa pengurusan terdahulu.
Menurut Irwan, tuntutan kerugian yang kononnya dialami 1MDB adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah kerana syarikat itu telah memperoleh wang sejurus penyelesaian dicapai dalam tuntutan sivil terhadap pihak lain yang difailkan 1MDB.
Beliau berkata, tuntutan 1MDB terhadapnya untuk pengembalian wang berjumlah USD1.265 bilion yang dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) menurut Award Persetujuan bertarikh 9 Mei 2017 jelas tidak konsisten dengan pendirian yang kini diambil oleh 1MDB dalam permohonan syarikat itu untuk mengetepikan award tersebut dalam Timbang Tara London (permohonan penepian).
“Sekiranya 1MDB berjaya dalam permohonan (mengetepikan), ia bermaksud 1MDB tidak mengalami sebarang kerugian berbangkit daripada Award Persetujuan.
“Selanjutnya, kes 1MDB dalam permohonan (mengetepikan) adalah bahawa Lembaga Pengarah 1MDB pada masa itu, termasuk saya, tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut arahan wakil pemegang saham iaitu Najib Razak (ketika itu),” katanya dalam permohonan itu.
Mengenai pembayaran 1MDB kepada Arul menerusi Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan bertarikh 23 Feb 2018, Irwan mendakwa tuntutan mengenai perjanjian itu adalah jelas dan tidak boleh dikekalkan. FMT
Irwan Serigar mohon batal saman 1MDB
Baca Artikel Menarik:
- Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
- Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
- Muhyiddin nak jerat siapa?
- Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
- Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
- MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
- Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
- Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
- Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
- Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
- Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter
Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]
Bercerai selepas sehari berkahwin