PRN Johor: Hasut Rakyat, Momokkan ‘Kluster Mahkamah’ Ciptaan Pihak Terdesak – Shahrul

PRN Johor: Hasut Rakyat, Momokkan ‘Kluster Mahkamah’ Ciptaan Pihak Terdesak – Shahrul

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berpandangan pihak yang sengaja menghasut rakyat termasuk mengelirukan berkenaan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai terdesak.

Katanya, sikap mereka ini termasuk pembangkang dilihat tidak bertanggungjawab malah beliau menasihati rakyat khususnva di negeri ini untuk bertindak rasional dalam menilai sebaiknya khidmat bakti Barisan Nasional (BN) kepada negara selama lebih 60 tahun.

“Mereka ketandusan idea dan strategi bagaimana memburukkan dalam kalangan masyarakat Johor khususnya menggunakan pelbagai alasan seperti kluster mahkamah, malah mengaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak yang kita tahu sering membantu BN di beberapa siri pilihan rava sebelum ini.

“Kita hendak nasihatkan pengundi untuk menilai bahawa kestabilan sesebuah negeri dan negara itu bergantung kepada pengalaman.

“BN membuktikan satu-satunya parti yang dapat membantu rakyat tanpa kira bangsa dan agama membangunkan ekonomi, telah terbukti semenjak merdeka hingga hari ini tidak meninggalkan sesiapa,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Bercakap mengenai pengundi muda yang pertama kali akan menjalankan tanggungjawab dalam sistem demokrasi negara, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Ampang itu berkata golongan ini perlu menyemak kembali kegagalan yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Katanya, kematangan golongan ini amat diperlukan untuk memastikan masa depan negara tidak diperjudi seperti yang berlaku pada tragedi hitam pada 2018 lalu.

“Anak muda harus memahami polisi negeri dan negara bukan hanya dengan demonstrasi ataupun protes, kena faham kenapa pilihan raya ini perlu diadakan dan keperluan untuk anak muda kena keluar mengundi kerana satu undi itu amat bermakna untuk kita menang atau tewas pada pilihan raya nanti.

“Nilai yang sebaik mungkin, jangan emosi dan jangan dengar sebelah pihak, gunakan kebijaksanaan dan kepakaran anda buat google research kita boleh melihat dengan pelbagai cara.

“Jangan hanya bergantung kepada orang yang sentiasa menabur fitnah dan janji tapi mereka sendiri tidak dapat tunaikan, cukuplah 22 bulan kita sengsara,” ujar beliau.

Terdahulu, media melaporkan beberapa pemimpin utama daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Pas dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) seringkali mengaitkan PRN sebagai agenda UMNO terutama daripada pemimpin yang dilabel sebagai kluster mahkamah. – UMNO Online

PRN Johor: Hasut Rakyat, Momokkan ‘Kluster Mahkamah’ Ciptaan Pihak Terdesak – Shahrul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker